Salam Maal Hijrah 1443H

Hijrah itu PENGORBANAN
Hijrah itu PERJUANGAN
Hijrah itu PERSAUDARAAN
Hijrah membentuk PERPADUAN

Hari ini juga cukup bermakna, 1 Muharram 1442 H, petanda tahun baharu buat kita sebagai umat Islam. Kita tutup buku lama, yang penuh dengan 1001 cerita. Dan mula buka buku baru.

Seperti lirik lagu Maal Hijrah, hijrah itu pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan membentuk perpaduan, ia cukup sinonim dengan kehidupan kita khususnya sepanjang berdepan dengan pandemik COVID-19.

COVID-19 ini adalah ujian buat kita semua untuk berkorban, berjuang, saling bantu membantu tanpa mengenal warna kulit, bangsa dan agama.

Justeru, saya berharap kita terus bersatu padu dalam mengharungi ujian Allah Maha Esa ini.

Selamat menyambut Maal Hijrah buat seluruh umat Islam.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.