Assalamualaikum, selamat pagi. Kolaborasi kerja bersama badan NGO Suhakam dan Komas membawa kami ke Restoran Maskur Merotai untuk bersarapan pagi. Kami akan mulakan bengkel pertama di Kalabakan pagi ini. Semoga dipermudahkan semuanya. Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi…
Berat hati ini untuk menerima kenyataannya, namun, semua itu sudah tertulis pada takdir kita. Saya menerima perkhabaran adik Mohd Alif Amiruddin, 3 tahun yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras di Kampung Jawa Lanut, petang semalam, ditemui pagi ini. Biarpun hanya…
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Berlaku satu insiden menyayat hati petang semalam apabila seorang ‘cyclist’ meninggal dunia dipercayai mengalami masalah pernafasan. Kejadian betul-betul berhampiran dengan Pejabat DUN N70 Kukusan. Arwah Abdul Gani Dahlan, 58, dikatakan keluar berbasikal dari kediaman di…
Hari ini perbincangan yang panjang untuk program-program yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Turut bersama team Pusat Khidmat Parlimen Kalabakan untuk kolaborasi kerja dengan Pejabat ADUN Kukusan. Kami stayback agak lewat untuk memastikan koordinasi kerja berjalan lancar. Saya bersyukur mempunyai…
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Apabila melihat video bagaimana keadaan arwah ketika kejadian, sungguh meruntun jiwa. Saya hanya mampu memanjat doa untuk keselamatan anggota bertugas ini. Namun, tiada siapa mampu menukar takdir. Allahyarham disahkan meninggal dunia ketika bertugas menyelamatkan mangsa…
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Pagi ini saya telah mengalami situasi yang agak merumitkan kerana sebuah kenderaan parkir tanpa pemandu di tepi Jalan Kuhara berhampiran premis Sthamin Supermarket ketika saya membuat pusingan U. Kelihatan kenderaan-kenderaan lain juga menghadapi masalah yang…
Assalamualaikum dan selamat pagi. Berikutan kebenaran yang diberikan MKN Sabah, semalam, sudah tentu ia banyak melegakan orang ramai.Namun, jangan kita terlalu ghairah membawa anak-anak kecil untuk makan diluar melainkan jika ia bukan satu keperluan/dalam keadaan terdesak. Elakkan tempat yang sesak…
Bagi mereka yang menggunakan jalan Nabawan untuk pulang ke Kalabakan, boleh menunaikan solat jamak di pit stop surau Restoran Rumpun Selera yang selesa. Terdapat juga cawangan One Stop dan 99 Speed Mart di sini jika ingin mendapatkan barang keperluan sebelum…
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Saya telah mendapat perkongsian beberapa video daripada orang ramai di PPV Dewan Bola Keranjang, Kampung Jawa semalam. Saya difahamkan sejak 16 September lalu, ramai ibu bapa membawa anak-anak berusia 12 hingga 17 tahun hadir ke…
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Beberapa bulan lalu, Pejabat DUN N70 Kukusan telah menganjurkan pertandingan mereka logo KUKUSAN KITA dan terbuka kepada warga Kukusan. Pertama, saya ingin memaklumkan berlaku kelewatan pengumuman pemenang disebabkan faktor seperti PKPD, PKP dan SOP berkaitan.…