Elakkan Tempat Yang Sesak Dan Utamakan Keselamatan Kendiri

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Berikutan kebenaran yang diberikan MKN Sabah, semalam, sudah tentu ia banyak melegakan orang ramai.
Namun, jangan kita terlalu ghairah membawa anak-anak kecil untuk makan diluar melainkan jika ia bukan satu keperluan/dalam keadaan terdesak.

Elakkan tempat yang sesak dan utamakan keselamatan kendiri.

Saya turut tertarik dengan penyataan nombor 2 membabitkan remaja berusia 12-18 tahun yang menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin boleh dine-in, masuk ke premis perniagaan dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan orang dewasa yang berusia lebih 18 tahun? Yang selama ini dilarang masuk biarpun cuma mahu membeli barang keperluan harian di kedai? Selagi belum lengkap dos, tidak boleh masuk?

Jadi apa bezanya dengan remaja yang baru menerima 1 dos? Adakah rakyat sedang dipermainkan? Harap ada penjelasan wajar dari pihak Kerajaan Negeri Sabah pimpinan GRS.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.