Tahniah Kepada Adik-Adik Yang Telah Mengambil Vaksin

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Saya telah mendapat perkongsian beberapa video daripada orang ramai di PPV Dewan Bola Keranjang, Kampung Jawa semalam.

Saya difahamkan sejak 16 September lalu, ramai ibu bapa membawa anak-anak berusia 12 hingga 17 tahun hadir ke pusat vaksinasi di sini.

Ia sebagai langkah awal kita untuk kembali menjalani kehidupan biasa termasuk menghadiri sesi pembelajaran secara bersemuka.

Semoga keputusan kita hari ini memberi manfaat kepada anak-anak kita kelak.

Namun, saya difahamkan, ada remaja yang pengsan pagi semalam di salah satu PPV di Tawau. Seperkara yang perlu kita ingat, pastikan ambil sarapan pagi sebelum datang bervaksin.

Jangan biarkan perut kosong. Jika perlu bawa air mineral untuk kegunaan sendiri sementara menunggu proses vaksinasi yang mungkin mengambil masa lama.

Kakak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang berani menjadi sebahagian kelompok imuniti masyakat kita.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.