Seorang ‘cyclist’ Meninggal Dunia Dipercayai Mengalami Masalah Pernafasan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Berlaku satu insiden menyayat hati petang semalam apabila seorang ‘cyclist’ meninggal dunia dipercayai mengalami masalah pernafasan.

Kejadian betul-betul berhampiran dengan Pejabat DUN N70 Kukusan.

Arwah Abdul Gani Dahlan, 58, dikatakan keluar berbasikal dari kediaman di Tanjung Batu Darat, sekitar jam 3.30 petang sebelum berhenti rehat di pondok bas berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Tiada unsur kemalangan kenderaan seperti dakwaan segelintir pihak. Arwah meninggal dunia dipercayai akibat masalah kesihatan.
Marilah sama-sama kita doakan kesejahteraan dan rahmat Allah untuk roh arwah.

Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan berat ini.

Alfatihah.


Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.