Keputusan Pertandingan Mereka Logo KUKUSAN KITA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Beberapa bulan lalu, Pejabat DUN N70 Kukusan telah menganjurkan pertandingan mereka logo KUKUSAN KITA dan terbuka kepada warga Kukusan.

Pertama, saya ingin memaklumkan berlaku kelewatan pengumuman pemenang disebabkan faktor seperti PKPD, PKP dan SOP berkaitan.

Disebabkan kesibukan tersebut termasuk ketika ramai pihak bergelut dengan norma baharu yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa, kami mengambil keputusan untuk menangguhkan pengumuman pemenang.

Bagaimanapun, kami telah menggunakan logo tersebut sebagai komunikasi kami dan memilih Cik Anis Mursalim yang merupakan seorang pelajar IPTA memenangi hadiah wang tunai RM1,000. Penyertaan juga agak menggalakkan, dan kami menerima lebih 20 penyertaan.

Tahniah saya ucapkan. Pihak Pejabat DUN N70 Kukusan akan menghubungi anda untuk penyampaian hadiah.Buat yang lain, terima kasih saya ucapkan atas penyertaan anda.

InsyaAllah, jika ada rezeki lagi, akan ada lagi pertandingan lain akan diadakan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.