Adik Mohd Alif Amiruddin Ditemui Selepas Dihanyutkan Arus Deras Di Kampung Jawa Lanut

Berat hati ini untuk menerima kenyataannya, namun, semua itu sudah tertulis pada takdir kita.

Saya menerima perkhabaran adik Mohd Alif Amiruddin, 3 tahun yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras di Kampung Jawa Lanut, petang semalam, ditemui pagi ini.

Biarpun hanya jasad kaku yang basah ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi anak ini terjatuh, saya bersyukur kerana operasi mencari mangsa dipermudahkan Allah.

Semoga bedah siasat siasat dan swap test anak kedua daripada 3 beradik ini berjalan lancar.

Terima kasih kepada JBPM, PDRM, KKM, penduduk kampung dan pihak berkaitan yang bekerjasama mencari mangsa.
Salam takziah buat keluarga Mohd Alif.

Buat anak ini, bermainlah dengan riang di alam sana.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.