14 Hari Bernaung Di Parti Harapan, Lebih 400 Penduduk Disantuni

Ketika mengambil keputusan menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) nekad saya adalah untuk berkhidmat untuk rakyat.

Alhamdulillah, misi saya itu mendapat sokongan penuh daripada Presiden Parti HARAPAN RAKYAT Brig Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah (setiap kali berjumpa) yang sentiasa mengingatkan ‘Rina mesti tolong rakyat’.

Biarpun masih ada yang sinis menyindir sehingga tanpa sedar menyinggung perasaan orang-orang yang disantuni, itu hanya kata-kata kosong yang tidak akan dapat membantu saya menyelesaikan masalah rakyat.

Hakikatnya selepas 2 minggu bernaung di bawah HARAPAN RAKYAT, lebih 400 penduduk sama ada persendirian, persatuan atau komuniti kampung berjaya disantuni.

Dan InsyaAllah, saya yakin bantuan ini tidak akan berhenti di sini saja, akan terus berkembang dan meluas.

Dalam program Dialog Komuniti Bersama Agensi Kerajaan, semalam, ia berjaya mencapai objektif untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara penduduk bersama agensi kerajaan.

InsyaAllah program seumpama ini akan diadakan daripada semasa ke semasa.

Apa yang penting, masalah serta kebajikan rakyat Kukusan tetap menjadi keutamaan saya.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
19 Jun 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.