Bakul Makanan Untuk 48 Pemandu Teksi, E-Hailing Dan Food Rider

Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) dan Pejabat ADUN N70 Kukusan terus komited dalam menyantuni rakyat.

Baru-baru ini, bakul makanan diedarkan kepada 48 individu terdiri daripada pemandu teksi, pemandu e-hailing dan ‘food rider’ yang beroperasi Kukusan dan kawasan berhampiran.

15 bakul makanan lagi diedarkan secara berperingkat bermula semalam.

Mereka inilah antara golongan yang keluar bekerja awal pagi, dan pulang ke rumah lewat makan demi mencari rezeki untuk keluarga.

Saya mengharapkan dengan fasa endemik COVID-19 ini, ekonomi mereka semakin baik khususnya membabitkan pemandu teksi.

Semoga terus sukses dan dilimpahi kemudahan rezeki untuk anda semua.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.