Edit Content

Semangat Sabah Maju Jaya Yang Kita Banggakan

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

 Sambutan Maulidur Rasul Di Kg Ambar Park Dalam

ALHAMDULILLAH saya dijemput menghadiri Sambutan Maulidur Rasul di Kg Ambar Park ahad yang lepas. Walaupun komuniti warga kampung yang tidak ramai, namun sikap tolong menolong yang diamalkan oleh warga Kampung dapat dilihat ketika mereka bersama-sama gotong-royong memasak bagi juadah kali ini.

Membaik pulih Balairaya Kg Ambar Park Dalam termasuk dalam senarai pembangunan menggunakan peruntukan ADUN N70 Kukusan tahun ini. Semoga balairaya ini menjadi tempat berkumpul warga Kg Ambar Park Dalam dan Taman Ambar Park bagi tujuan program kemasyarakatan.

Saya juga sempat menyerahkan bantuan bagi pembelian tikar sementara lantai balai raya ini akan dipasangkan jubin pada tahun hadapan. Selain itu, penyerahan lampin pakai buang juga turut diberikan kepada ibu muda di Kampung ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.