



Petang tadi, menyantuni Hajja Kasma, isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang bin Hamsah, di kediaman beliau.
Allahyarham merupakan tokoh politik veteran yang dikenali ramai dan juga bapa mentua kepada Pengerusi Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal Kukusan Kalabakan, En. Raiyan Fung.
Semoga Hajja Nanna sekeluarga terus diberikan kekuatan dan ketabahan. Jasa serta sumbangan Allahyarham akan terus dikenang, dan semoga legasi kebaikan yang ditinggalkan terus menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya.
Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.