


Baru-baru ini saya telah mewakilkan NGO Kelab KERJA bersama NGO SWAH dan UPPM Kukusan untuk melaksanakan Ziarah Kasih di sekitar kawasan Kukusan.
Menerusi ziarah ini, pasukan turun padang untuk menyantuni penerima yang memerlukan perhatian dan bantuan, termasuk mereka yang sedang berdepan masalah kesihatan serta memerlukan peralatan bagi memudahkan urusan harian.
Saya berharap usaha seperti ini dapat meringankan sedikit beban keluarga yang terlibat. Walaupun tidak semua kesusahan dapat diselesaikan sekaligus, sekurang-kurangnya kita dapat hadir, bertanya khabar dan menunjukkan bahawa mereka tidak dilupakan.
Terima kasih kepada UPPM N.70 Kukusan, NGO Kelab KERJA, NGO SWAH serta pihak yang membantu menjayakan ziarah ini. Semoga usaha kecil ini membawa manfaat kepada mereka yang memerlukan.