





Alhamdulillah, program saringan kesihatan PeKa B40 anjuran Klinik Dr. Zulfikar dengan kerjasama NGO Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal Kukusan Kalabakan telah diadakan pada Sabtu dan Ahad lalu bagi memberi peluang kepada masyarakat menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Hari Sabtu, program diadakan di Masjid Babus Saadah, Kg. Muhibbahraya, manakala pada hari Ahad pula bertempat di Open Shed, Taman Victoria.
Menariknya, peserta yang menjalani saringan dan memenuhi syarat turut berpeluang menerima beras atau minyak masak secara percuma.
Tahniah kepada Pengerusi Kelab KERJA, Encik Raiyan Fung, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha ini memberi manfaat kepada masyarakat dan menggalakkan kita semua lebih prihatin terhadap kesihatan diri serta keluarga.