Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

 Lawatan ke Pusat Intervensi Khas Oasis Place

Selepas menyantuni ibu tunggal di Rumah Sabah, kami meneruskan lawatan ke Pusat Intervensi Khas Oasis Place di Kuala Lumpur.

Oasis Place merupakan sebuah pusat intervensi transdisiplin yang menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan dan terapi kepada kanak-kanak serta orang dewasa yang mempunyai keperluan perkembangan dan pembelajaran yang berbeza.

Sepanjang lawatan, saya berpeluang mendapatkan penerangan mengenai pendekatan serta perkhidmatan yang ditawarkan, termasuk psikologi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan bahasa serta terapi muzik.

Saya melihat pendekatan yang menggabungkan pelbagai bidang kepakaran ini penting dalam membantu perkembangan, pembelajaran dan kualiti hidup individu yang memerlukan sokongan.

Pada masa sama, penglibatan keluarga juga memainkan peranan dalam memastikan setiap individu mendapat sokongan yang berterusan.

Terima kasih kepada pihak Oasis Place Malaysia atas perkongsian dan penerangan sepanjang lawatan ini. Banyak perkara yang boleh kita pelajari dalam usaha memahami serta memenuhi keperluan individu yang memerlukan sokongan intervensi khas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.