



Pagi tadi, saya telah mewakilkan Pengerusi Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal Kukusan Kalabakan, En. Raiyan Fung dan Timbalan Pengerusi Skuad Wanita Harapan Sabah SWAH, Pn. Noraini Arsyad bersama wakil Pejabat ADUN dan UPPM N.70 Kukusan untuk menyampaikan SPM Kit kepada beberapa buah sekolah di DUN Kukusan.
Inisiatif ini diharap dapat membantu calon-calon SPM 2026 membuat persediaan menghadapi peperiksaan dengan lebih baik.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada anak-anak Kukusan dan menjadi pembakar semangat untuk mereka mencapai keputusan yang cemerlang.