


Petang tadi, saya berkesempatan memenuhi jemputan ke rumah saudara Jega, Setiausaha Akbar (SUA) YB Datuk Julita Majungki, bagi bersama-sama meraikan sambutan Deepavali.
Terima kasih kepada saudara Jega sekeluarga atas jemputan dan sambutan mesra yang diberikan. Saya amat menghargai ruang untuk berkunjung, bertanya khabar dan berkongsi kemeriahan perayaan bersama keluarga beliau.
Semoga sambutan Deepavali tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan sinar kegembiraan buat saudara Jega sekeluarga serta seluruh masyarakat yang meraikannya.
Happy Deepavali!