Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

 Apabila Ingatan Semakin Pudar, Penjagaan Tetap Diutamakan

Pagi ini saya menyertai lawatan kerja YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah ke Genting Dementia Care Centre, Segambut, Kuala Lumpur.

Lawatan ini memberi peluang kepada kami melihat sendiri pendekatan penjagaan serta sokongan yang disediakan kepada pesakit demensia dan ahli keluarga mereka.

Berdasarkan Anggaran Penduduk 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), golongan berusia 60 tahun ke atas kini merangkumi kira-kira 12.0% atau 4.1 juta orang daripada penduduk Malaysia.

Angka ini dijangka mencapai 15% menjelang 2036, sekali gus meletakkan Malaysia dalam kategori Negara Menua mengikut Dasar Warga Emas Negara.

Justeru, persediaan perlu dimulakan dari sekarang. Penjagaan warga emas bukan hanya melibatkan kesihatan fizikal, tetapi juga emosi, sokongan keluarga, kemandirian dan kualiti kehidupan mereka.

Saya berharap pengalaman dan perkongsian melalui lawatan ini dapat memberikan input berguna untuk memperkukuh perkhidmatan kesihatan serta penjagaan warga emas di Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.