Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, marilah kita bersama-sama mengenang sejarah, menghargai perjuangan serta mensyukuri keamanan dan keharmonian yang kita nikmati hari ini. Sabah mempunyai keunikan, budaya dan identiti tersendiri yang menjadi sebahagian daripada kekuatan Malaysia. Marilah kita terus memelihara…
Meriah sungguh Sambutan Maulidur Rasul anjuran Persatuan Khairun Nisa di Masjid Baiturrahman BAL pagi tadi. Seramai 331 peserta daripada 32 cawangan hadir bersama-sama meraikan hari yang mulia ini. Kebanyakannya ibu-ibu yang saya anggap seperti ibu saya sendiri. Maulidur Rasul mengingatkan…
Kirim salam dan terima kasih saya kepada semua wakil KRT yang hadir dalam Program Sejuta Harapan Derma Darah, serta semua KRT lokaliti Kukusan yang sentiasa memberi kerjasama. Banyak usaha dan idea sudah saya bawa bersama KPSU dan Menteri Perpaduan dalam…
Saya diam sekejap bila mendengar cerita Chong Soon Ooi. Anak muda. Pelajar yang bijak. Lulusan bidang perniagaan. Ada impian dan masa depan yang masih panjang. Tetapi di usia yang muda, dia diuji dengan kanser. Sudah 7 kali kemoterapi dilalui. Saya…
Baru selesai menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Bil. 11/2026 Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh Menteri KKWKKR YB Datuk Julita Majungki. Antara perkara yang diberi perhatian termasuk isu kebajikan dan gelandangan, penyelarasan program kementerian serta beberapa perkara berkaitan…
Minggu lepas saya menerima kunjungan hormat daripada Datuk Francis Lee, Amalan Cipta, dan seterusnya Puan Amida bersama team CSR Hap Seng. Kami bertukar pandangan tentang beberapa perkara berkaitan keperluan masyarakat dan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan. Terima kasih atas kunjungan…
Sabtu lepas, saya bersama Ketua Anak Negeri (KAN) Kukusan, En. Fazlih Ahmad, menziarahi Ketua Daerah Tawau, OKK Haji Kee Jamal Haji Kee Sulaiman yang sedang menerima rawatan di Hospital Tawau. Kita datang bertanya khabar, melihat keadaan beliau dan menitipkan doa…
Masa anak-anak balik sekolah, ibu bapa ramai datang mengambil anak. Ruang untuk berhenti sekejap pun penting supaya tidak mengganggu laluan dan menyebabkan kesesakan. Kawasan kejat di Jalan Okk Abu Bakar, depan SK Bandar 2 ini sudah siap dilaksanakan untuk kegunaan…
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.” Rasulullah SAW mengajar kita erti amanah, kesabaran, keadilan dan keikhlasan. Dalam setiap langkah, akhlak dan perjuangan Baginda menjadi teladan…
Program Ayok Santai bersama RTM Tawau santai bersama komuniti, sambil menyemarakkan semangat kemerdekaan di kawasan kita. RTM Tawau mengagihkan 160 bendera, manakala saya turut menyumbangkan 100 helai kepada KRT Taman Univilla yang diterima Pengerusinya, En. Steven Sagunting, serta 100 unit…