Saya rasa gembira dapat bersama-sama meraikan penutupan MSSD Tawau Hoki. Bila tengok sendiri kesungguhan anak-anak bermain di padang, memang nampak ramai yang ada bakat dan potensi untuk pergi lebih jauh. Tahniah kepada SK Kukusan yang muncul Juara Perempuan dan SK…
Terima kasih kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau atas kunjungan bagi memaklumkan perancangan awal Program Merakyatkan Perkhidmatan Kesihatan,Strategik Menamatkan TB di Sabah 2035 & Transformasi Kesihatan Luar Bandar. Usaha membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat dengan rakyat seperti ini memang wajar…
Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Tn. Mohd Shoffian Mohd Said atas pelantikan sebagai Presiden Majlis Perbandaran Tawau. Semoga amanah yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh integriti, keikhlasan dan komitmen demi membawa Tawau terus maju, bersih, tersusun serta menjadi bandar…
Kemarin, saya berkesempatan merasmikan Dynamic Child Therapy Centre (DCTC) sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-2. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Dr. Shari Bin Nor selaku Pengasas DCTC, Puan Siti Binti Dagar selaku Pengarah DCTC, seluruh pengurusan, ahli terapi…
Pagi ini saya berpeluang menghadiri AirAsia Red Run di Stadium Likas, Kota Kinabalu, serta menyempurnakan acara flag off bagi acara 5KM seawal jam 6.00 pagi. Program ini menghimpunkan para peserta dalam suasana penuh semangat dan menjadi antara inisiatif yang menggalakkan…
Seawal subuh tadi saya berada di Kompleks Likas, Kota Kinabalu bagi melepaskan peserta Acara Larian RedRun AirAsia. Lepas saja selesai, saya terus ambil penerbangan balik ke Tawau untuk bersama-sama masyarakat Taman Victoria merasmikan Program Komuniti Dengue Champions. Terima kasih kepada…
Esok saya ingin mengajak seluruh warga Tawau, khususnya masyarakat DUN Kukusan, untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program Komuniti Dengue Champions. Program ini bukan hanya tentang kesedaran, tetapi mengajak kita semua berganding bahu memastikan kawasan tempat tinggal sentiasa bersih dan bebas daripada…
Pagi ini saya menghadiri Program Sabah Sihat 2.0 yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat Sabah. Program ini menjadi platform terbaik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, amalan gaya hidup sihat…
Hari ini, kami memilih untuk berkongsi rezeki dengan insan yang setiap hari berada di jalan raya mencari nafkah. Pemandu bas, pemandu teksi dan mereka yang tidak pernah kenal erti penat demi membawa pulang rezeki buat keluarga. Alhamdulillah, sempena Jumaat Berkah…