Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

 Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Hari ini saya mewakili YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, ke Majlis Perasmian Penutupan Program Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Bersepadu Zon Sabah 2026 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program ini menghimpunkan peserta dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan pelbagai pengisian berkaitan sains, teknologi dan inovasi, termasuk kecerdasan buatan (AI), robotik, automasi, dron, pengekodan dan teknologi digital.

Saya gembira melihat anak-anak muda kita diberi ruang untuk mengenali teknologi dengan lebih dekat, mencuba perkara baharu dan mengembangkan bakat serta kreativiti masing-masing.

Dunia semakin bergerak pantas dengan perkembangan teknologi. Sebab itu, anak-anak muda kita perlu diberikan pendedahan dan peluang untuk bukan sahaja menggunakan teknologi, tetapi turut mencipta dan menguasainya.

Tahniah kepada semua peserta dari Sabah dan Labuan yang telah mengambil bahagian. Semoga minat dan bakat yang ada terus dipupuk sehingga mampu melahirkan lebih ramai generasi yang berani mencipta dan menerajui teknologi pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.