


Hari ini saya merasmikan dan menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Alumni Sekolah Islamiah Tawau.
Barisan yang hadir bukan calang-calang golongan profesional, ada nama, ada pengalaman, dan ada pengaruh dalam masyarakat Tawau.
Saya tegaskan, peranan mereka bukan hanya alumni. Mereka antara tulang belakang dalam membentuk pembangunan insan di daerah ini dari pendidikan, sahsiah sampai masa depan anak-anak kita. Ini kerja besar, dan mereka buat dengan serius.
Kita mahu gerakan ini terus kuat. Bila orang yang ada ilmu, jaringan dan pengalaman turun bersama masyarakat, hasilnya memang nampak. Kita tidak tunggu perubahan, kita yang gerakkan.