Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Parit Lancar, Tindakan Segera

Susulan aduan mengenai masalah perparitan di kawasan Perindustrian King Fook yang melimpah ke kawasan sekitar, CDO Kukusan En Mohd Khairul Faiz Jairul dan Pemaju Mukim Kukusan En Herman Ismail, En Pritchard dan En Saharuddin telah turun berbincang bersama pengadu, En. Haji Hadiling, bersama pihak JKR serta Bahagian Operasi MPT yang diwakili oleh Encik Mazlan.

Hasil perbincangan tersebut, pihak MPT akan mengeluarkan notis kepada peniaga supaya mengosongkan barangan yang berada di sepanjang parit.

Langkah ini penting bagi memudahkan kontraktor menjalankan kerja-kerja meratakan dan penyelengaraan parit dengan segera demi melancarkan aliran air serta mengurangkan risiko limpahan.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama. Insya-Allah, kita akan terus memantau sehingga kerja ini selesai demi keselesaan dan keselamatan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.