


Penyerahan disampaikan oleh UPPM N.70 Kukusan CDO Kukusan, En. Mohd Khairul Faiz bin Jairul, mewakili saya.
Saya selalu fikir, anak-anak kita datang ke sekolah untuk belajar dan membina masa depan. Jadi, janganlah pula keselesaan mereka di dalam kelas kita abaikan.
Setiap hari anak-anak menghabiskan masa belajar di dalam kelas. Sudah tentu kita mahu mereka duduk dengan selesa, dapat memberi tumpuan dan belajar dalam suasana yang lebih baik.
Saya mahu anak-anak Kukusan belajar dengan selesa. Selagi ada ruang dan kemampuan, kebajikan mereka akan terus saya usahakan.