Dua Jemputan dan Pertemuan yang Menceriakan

Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

 Hak Dijaga, Wanita Diperkasa

Tengah hari tadi saya telah mewakili YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, untuk merasmikan Program Literasi Undang-Undang Komuniti Daerah Sipitang 2026 sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Dewan Serbaguna Sipitang.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dengan kerjasama Pejabat Daerah Sipitang ini memberi ruang kepada masyarakat untuk memahami dengan lebih dekat hak wanita serta perlindungan yang disediakan oleh undang-undang.

Kita perlu sedar bahawa keganasan terhadap wanita bukan hanya melibatkan penderaan fizikal, malah turut merangkumi ugutan, penderaan emosi, kawalan kewangan dan gangguan dalam talian.

Saya berharap kesedaran seperti ini dapat membantu lebih ramai wanita mengenali hak mereka dan berani mendapatkan bantuan apabila diperlukan. Kita juga perlu memainkan peranan sebagai keluarga, jiran dan masyarakat dengan memberikan sokongan kepada mereka yang menjadi mangsa.

Turut berlangsung pelancaran Buku Undang-Undang Siri 4 sebagai bahan rujukan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang hak dan perlindungan undang-undang.

Turut hadir ialah YB Datuk Matbali Musah, Ahli Parlimen Sipitang serta para pemimpin setempat dan wakil agensi yang terlibat.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Bersama-sama kita bina masyarakat yang lebih prihatin, selamat dan bebas daripada keganasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.