Dua Jemputan dan Pertemuan yang Menceriakan

Selamat Pengantin Baharu

Dari Dialog Kepada Tindakan, Demi Masa Depan Anak Sabah

Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

 Dari Dialog Kepada Tindakan, Demi Masa Depan Anak Sabah

Baru-baru ini saya telah dijemput sebagai salah seorang panelis dalam The Sabah Edu-Industry Townhall 2026 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).

Saya dijemput untuk berkongsi pandangan menerusi topik “Dari Dialog kepada Tindakan: Siapa Buat Apa untuk Anak Sabah?”, khususnya dari sudut kesejahteraan keluarga, pembangunan komuniti serta peluang yang lebih inklusif untuk anak-anak Sabah.

Bagi saya, usaha membangunkan potensi anak-anak Sabah memerlukan kerjasama semua pihak. Keluarga, institusi pendidikan, pihak industri, agensi kerajaan dan komuniti masing-masing mempunyai peranan yang perlu digerakkan bersama.

Apa yang lebih penting, perbincangan seperti ini perlu diterjemahkan kepada tindakan dan komitmen yang jelas. Kita mahu setiap idea yang dikongsikan membuka ruang kepada kerjasama berterusan serta memberi manfaat sebenar kepada generasi muda.

Masa depan anak-anak Sabah adalah tanggungjawab bersama. Semoga usaha seperti ini terus membuka lebih banyak peluang untuk mereka berkembang, berjaya dan membina masa depan yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.