



Mengiringi YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdangangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup dalam Program Advokasi Kepenggunaan dan Penyerahan Geran Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) kepada GPS IPG Tawau dan GPS Politeknik Tawau.
Turut hadir bersama YB Datuk Hj Nizam Hj Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Merangkap ADUN Apas, YB Dr Andi Md Shamsureezal, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Merangkap ADUN Tanjung Batu, YB Dato’ Sri Dr Haji Gulamhaidar, Pengarah Yayasan Sabah, Merangkap ADUN Kawang & YB Syed Ahmad Syed Abas, ADUN Balung.
Anak muda, kamu tahu apa yang sedang berlaku di Sabah hari ini? Ambil tahu, bertanya dan berani menyuarakan pandangan.
Negeri ini milik kita bersama. Kamu juga ada peranan dalam menentukan arah tuju Sabah. Bakal pemimpin masa depan bermula dengan keprihatinan dari sekarang.
Apa yang kamu mahu lihat untuk masa depan Sabah? Suarakan, kerana pandangan anak muda juga penting!