



Tahniah kepada semua anak-anak Tahun 6 SK Bandar II yang diraikan dalam Majlis Graduasi Tahun 2026.
Enam tahun di sekolah rendah akhirnya sampai ke penghujung. Dulu ibu bapa hantar mereka ke sekolah dengan beg di belakang badan, sekarang anak-anak ini sudah bersedia melangkah ke alam sekolah menengah. Cepat betul masa berjalan.
Sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada anak-anak ini, saya mengumumkan pemberian peruntukan bagi pembelian jubah graduasi untuk kegunaan sekolah. Biar setiap anak berpeluang merasai kenangan manis menerima pengiktirafan atas perjalanan mereka di sekolah rendah.
Ibu bapa, satu perkara saya mahu kita sama-sama beri perhatian. Apabila anak-anak melangkah ke sekolah menengah, mereka akan berdepan suasana, pergaulan dan pengalaman baharu. Perhatikan perubahan sikap mereka, siapa kawan mereka, apa yang mereka lalui dan apa yang mungkin mereka pendam.
Jangan tunggu sampai anak ada masalah baru kita mahu bertanya. Kadang-kadang mereka tidak perlukan ceramah panjang, mereka cuma perlukan ibu bapa yang sudi mendengar tanpa terus menghukum.
Kita mahu anak-anak ini berjaya dalam pelajaran, tetapi lebih penting kita mahu mereka membesar dengan nilai diri yang baik, tahu menjaga batas dan bijak membuat pilihan.
Selamat melangkah ke alam baharu anak-anak SK Bandar II. Teruskan usaha, jangan takut mencuba dan bawa nama baik keluarga serta sekolah ke mana sahaja kamu pergi.