



Meriah sungguh Sambutan Maulidur Rasul anjuran Persatuan Khairun Nisa di Masjid Baiturrahman BAL pagi tadi.
Seramai 331 peserta daripada 32 cawangan hadir bersama-sama meraikan hari yang mulia ini. Kebanyakannya ibu-ibu yang saya anggap seperti ibu saya sendiri.
Maulidur Rasul mengingatkan kita tentang akhlak, kasih sayang dan sifat prihatin Rasulullah SAW. Nilai-nilai inilah yang kita mahu terus hidupkan dalam keluarga dan masyarakat.
Saya turut menyumbangkan RM10,000 kepada Persatuan Khairun Nisa untuk aktiviti kebajikan, serta RM1,000 khusus untuk program hari ini.
Turut disumbangkan 1 set komputer untuk kegunaan pelajar Sekolah KAFA di Masjid Baiturrahman BAL, semoga sedikit sebanyak membantu anak-anak kita dalam pembelajaran.
Terima kasih ibu-ibu semua. Teruskan bersatu, teruskan buat kerja kebajikan.