
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”
Rasulullah SAW mengajar kita erti amanah, kesabaran, keadilan dan keikhlasan.
Dalam setiap langkah, akhlak dan perjuangan Baginda menjadi teladan untuk kita terus memperbaiki diri serta menunaikan amanah kepada masyarakat.
Sempena Maulidur Rasul, marilah kita menghayati akhlak dan perjuangan Baginda, serta menjadikan sunnah dan teladan Baginda sebagai panduan dalam kehidupan dan dalam melaksanakan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan.
Salam Maulidur Rasul 1448H.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ