Edit Content

Terima Kasih

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Tahun 2025 Dun Ke-16

Suara Kukusan Demi Kukusan Kita Sejahtera

Semangat Sabah Maju Jaya Yang Kita Banggakan

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

 Ilmu, Solidariti Dan Rezeki Ke Baitullah

Alhamdulillah, Himpunan Muslimah Tawau 2025 telah berlangsung dengan penuh makna.

Tahun ini kita bawa pendekatan berbeza majlis ilmu sebagai teras, untuk memperkasa wanita dengan pengetahuan dan kesedaran.

Kehadiran Sheikh Niyaz Al Adeni bukan sekadar simbol solidariti, tetapi membawa pengisian ilmiah yang membina kesedaran berlandaskan ajaran Islam. Sheikh mengupas isu berkaitan wanita, keluarga dan perspektif Islam dengan penuh hikmah.

Ustazah Marhamah pula mengangkat perjuangan Justice for Zara, mengingatkan kita tentang pentingnya berdiri bersama membela kebenaran.

Momen paling sebak, 9 asnaf Kukusan menerima tajaan Umrah, dan 2 lagi peserta bertuah memenangi cabutan Umrah – satu tajaan daripada saya sendiri, dan satu lagi daripada ikhlas.com. Rezeki yang diharap menjadi pembuka jalan ke Baitullah.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat khusus buat adik Zara Qairina, sebagai tanda kasih dan doa bersama agar kebenaran dan keadilan sentiasa berpihak kepada yang benar.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Pejabat Adun N70 Kukusan, NGO KERJA, Pertubuhan Kebajikan Jeel As-Salamah dan Bayu Raudah.

Semoga semangat, ilmu dan kesedaran yang kita bawa pulang akan terus menjadi bekal untuk membina masyarakat yang lebih kuat dan bersatu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.