



Saya tahu, apa yang dilalui oleh keluarga yang terkesan bukan mudah. Kehilangan tempat tinggal dan keperluan harian tentu memberi kesan besar kepada kehidupan mereka. Saya turut bersimpati dengan keadaan yang sedang mereka hadapi.
Menerusi UPPM N.70 Kukusan PPM Kukusan, Tuan Sukardi Mashuri yang mewakili saya, bantuan susulan telah disampaikan kepada 37 Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia.
Bantuan kali ini merangkumi beras, makanan kering, minyak masak, telur serta barangan elektrik seperti cerek elektrik dan periuk nasi.
Saya mahu setiap keluarga tahu bahawa mereka tidak dilupakan. Melalui JKM di bawah kementerian saya , bersama Pejabat ADUN N.70 Kukusan, usaha membantu dan memantau kebajikan mereka akan diteruskan.
Mungkin apa yang kita hulurkan tidak mampu menggantikan segala yang telah hilang, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat membantu mereka membina semula kehidupan, sedikit demi sedikit.
Kepada keluarga yang terkesan, terus kuat. Kami akan terus berusaha bersama kamu.