





Alhamdulillah, pada 15 September 2025 yang lalu, Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal Kukusan Kalabakan (KERJA) telah menganjurkan sebuah program selawat yang penuh dengan keberkatan.
Majlis ini bukan sahaja memperdengarkan alunan selawat yang menenangkan jiwa, tetapi turut diisi dengan tazkirah oleh Ustaz Mohamed Ashrul Syarif Tirmizi, yang mengingatkan kita tentang cinta kepada Rasulullah SAW dan harapan kita semua untuk memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak.
Saya amat bersyukur dengan sokongan dan kehadiran masyarakat yang sentiasa bersama dalam program berbentuk kerohanian sebegini. Semoga ikatan ukhuwah dan kecintaan kepada Rasulullah SAW terus mekar di hati kita semua.