
Gotong Royong Perdana Kukusan 4.0 masih dalam perancangan. Ini mesyuarat kali kedua kami buat bersama agensi kerajaan, pihak masjid, KRT dan NGO.
Duduk sama-sama, bincang elok-elok, apa yang boleh dibuat dan bagaimana cara paling sesuai untuk kawasan Tanah Perkuburan Islam Jalan Utara.
Belum turun padang lagi, tapi persiapan itu penting. Bila semua pihak sudah sepakat dari awal, nanti senang kerja.
Kita buat pelan-pelan, yang penting jadi dan memberi manfaat kepada semua orang Tawau.