




Baru-baru ini saya merasmikan Program Pink Hi Tea sempena sambutan Hari Ibu anjuran Kinabalu Pink Ribbon dengan kerjasama Serai Postnatal Care.
Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada insan bergelar ibu dengan mengetengahkan pengisian yang meraikan kasih sayang, pengorbanan serta kekuatan seorang wanita dalam institusi keluarga.
Semoga program seperti ini terus menjadi ruang untuk menghargai peranan ibu dan menyebarkan semangat kasih sayang dalam masyarakat.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.