


Semalam saya berbesar hati menyampaikan ucapan alu-aluan sempena program Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) “Sa Dengar, Sa Tulung Bah” yang berlangsung di ITCC Penampang.
Program ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 300 peserta melalui sumbangan bakul makanan sempena sambutan Krismas, diharap dapat meringankan beban dan membawa keceriaan kepada mereka yang menerima.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri. Turut hadir ialah Encik John Sebastian Tunggolou, Pegawai Khas YAB Ketua Menteri Sabah serta Dr. Mohammad Firdaus Bin Abdul Aziz, Pengarah Hospital Mesra Bukit Padang.