




Seawal subuh tadi saya berada di Kompleks Likas, Kota Kinabalu bagi melepaskan peserta Acara Larian RedRun AirAsia.
Lepas saja selesai, saya terus ambil penerbangan balik ke Tawau untuk bersama-sama masyarakat Taman Victoria merasmikan Program Komuniti Dengue Champions.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Kehadiran masyarakat daripada pelbagai lapisan umur membuktikan bahawa kesedaran menjaga kebersihan dan mencegah denggi semakin menjadi budaya dalam komuniti kita.
Selain pengisian berkaitan pencegahan denggi, saya turut melawat Program Kebuniti MADANI KRT Taman Victoria yang mengusahakan tanaman hidroponik seperti sawi dan lada.
Saya juga sempat meninjau Jualan Rahmah MADANI yang memberi peluang kepada penduduk mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan. Program seperti ini memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya ketika kos sara hidup masih menjadi cabaran.
Saya percaya, apabila komuniti sama-sama bergerak, menjaga kebersihan, menghidupkan aktiviti kemasyarakatan dan saling membantu, kita bukan sahaja dapat mencegah denggi, malah dapat membina sebuah kawasan yang lebih sihat, ceria dan sejahtera.
Terima kasih Majlis Perbandaran Tawau dan warga Taman Victoria atas sambutan yang cukup baik. Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan seluruh komuniti