



1,700 pelajar Tingkatan 6 berkumpul dalam Karnival Sukan dan Kebudayaan Tingkatan 6 Peringkat Negeri Sabah memang meriah bha.
Bola tampar, badminton, acara padang dan pelbagai lagi dipertandingkan. Masing-masing turun dengan semangat membawa nama kolej dan daerah masing-masing.
Tahniah kepada Kolej Tingkatan 6 yang muncul sebagai Juara Keseluruhan.
Saya turut menyumbangkan RM3,000 sebagai tanda sokongan kepada penganjuran karnival ini. Bagi saya, pelaburan kepada anak muda adalah pelaburan kepada masa depan Sabah.
Lebih penting, karnival macam ini mengajar anak muda tentang semangat kesukanan, disiplin, kerjasama dan perpaduan. Menang kalah itu perkara biasa, tetapi pengalaman yang dibina bersama itulah yang akan mereka bawa ke masa hadapan.
Dan untuk anak-anak muda perempuan kita berani tampil, berani bersuara dan berani memimpin. Jangan takut untuk berada di hadapan. Kepimpinan wanita perlu dibina dari usia muda, supaya lebih ramai wanita berani mengambil peranan dalam membentuk masa depan negeri kita.
Anak muda hari ini, pemimpin Sabah esok.
Tahniah kepada Kolej Tingkatan 6 selaku tuan rumah dan penganjur. Syabas kerana berjaya menghimpunkan 1,700 anak muda dalam satu karnival yang penuh semangat, perpaduan dan energi positif.
Teruskan melangkah, anak-anak muda. Berani bermimpi, berani mencuba, berani memimpin.