




Tetapi kerana setiap kali jatuh, kita masih memilih untuk bangun.
Lebih 1000 wanita dalam Program Melangkah Bersama MADANI: Wanita Luar Biasa, Inspirasi Mempesona di Tawau, saya tertarik dengan perkongsian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Puan Marhamah Rosli melalui satu pegangan yang cukup dekat dengan kehidupan kita sebagai wanita P.E.S.O.N.A.
P – Pause.
Kita berhenti seketika sebelum membuat sesuatu perkara.
E – Entrust.
Percayakan Allah. Bila kita tidak tahu apa yang akan berlaku, yakinlah Allah tetap ada.
S – Surrender.
Ada perkara yang kita perlu lepaskan dan serahkan kepada Allah. Bukan semua perkara mampu kita kawal.
O – Overcome.
Jangan terus tinggal dalam masalah. Cari jalan, ambil tindakan, belajar dan latih diri untuk bangkit. Apa yang kita lalui hari ini mungkin hanya satu fasa sementara.
N – No Response Needed.
Tidak semua perkara perlu dijawab. Tidak semua kata-kata perlu dilayan. Ada masa, kita diam dan biarkan Allah menjadi pembela kita.
A – Abide.
Terus bertahan dengan doa. Biarlah perjalanan kita dibuktikan melalui usaha, doa dan keteguhan hati.
Bagi saya, inilah realiti wanita.
Kita boleh nampak kuat di luar, tetapi hanya kita dan Allah tahu berapa banyak perkara yang kita pendam, berapa kali kita menangis dan berapa kali kita paksa diri untuk terus melangkah.
Sebab itu wanita perlu ada ruang untuk bercakap, belajar, berehat, membina keyakinan dan saling menguatkan.
Sebagai suara wanita Sabah, saya akan terus membawa perkara ini supaya wanita kita tidak hanya diberi perhatian ketika ada masalah, tetapi turut diberikan ruang, peluang dan sokongan untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Terima kasih kepada Cik Asma Kadir Pengerusi AKSI, Soul to Soul selaku rakan strategik, Permai Poliklinik Tawau, Megah Jaya 9 serta semua pihak yang menjayakan program ini.
Kepada semua wanita yang hadir, satu pesan saya:
Jangan biarkan apa yang orang katakan menentukan siapa kita. Jangan biarkan satu kegagalan menentukan masa depan kita.
Kita terus melangkah.
Dengan usaha.
Dengan doa.
Dengan keyakinan bahawa Allah sentiasa ada.
Wanita bangkit, keluarga kuat, masyarakat hebat