Warga Kukusan Terpilih Jalani Kursus Jurulatih Atlet Paralimpik Negara

Rasa bangga dan kagum ini saya ingin kongsikan kepada semua orang.

Encik Sabarudding Bacho, penduduk Kampung Sentosa Blok 5, adalah atlet PARALIMPIK negara sejak 11 tahun lalu dalam acara lontar peluru dan lontar cakera.

Pernah memenangi pingat emas di kejohanan Asia Tenggara, kini Sabarudding ditawarkan menjalani kursus kejurulatihan untuk melatih pelapis baharu sukan PARALIMPIK negara dalam sukan kegemarannya.

Sabarudding juga membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya mempunyai azam tinggi dan berusaha untuk berjaya.

Selamat Maju Jaya. Kami bangga dengan anda.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
28 Mei 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.