Selamat Pengantin Baharu: Izzat Faruqi & Syakirah Atiqah

Pengorbanan Seorang Ibu, Kasih yang Tidak Pernah Menyerah.

Dukacita Kebakaran Taman Ria 11

Dua Jemputan dan Pertemuan yang Menceriakan

Selamat Pengantin Baharu

Dari Dialog Kepada Tindakan, Demi Masa Depan Anak Sabah

Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

 Kecil-Kecil Lagi Sudah Konvokesyen!

Seronok tengok anak-anak kita hari ini dengan jubah konvokesyen masing-masing. Mesti ibu bapa pun bangga tengok anak-anak naik ke pentas.

Tadi saya berkesempatan merasmikan Majlis Konvokesyen dan Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Daerah Tawau Tahun 2026. Turut hadir, Puan Rina Harun, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah.

Di usia inilah anak-anak kita mula belajar berkawan, mengenal kepelbagaian, membina keyakinan diri dan memupuk nilai perpaduan.

Terima kasih kepada guru-guru Tabika Perpaduan yang sabar mendidik dan melayan pelbagai ragam anak-anak kita setiap hari. Begitu juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dalam perjalanan pendidikan mereka.

Tahniah anak-anak! Rajin-rajin belajar, dengar nasihat guru dan ibu bapa. Semoga terus bersemangat untuk melangkah ke alam persekolahan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.