Edit Content

Terima Kasih

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Tahun 2025 Dun Ke-16

Suara Kukusan Demi Kukusan Kita Sejahtera

Semangat Sabah Maju Jaya Yang Kita Banggakan

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

 Ziarah Kasih Sempena Hari Wanita Sedunia

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, saya bersama Skuad Wanita Kukusan berkesempatan mengadakan Ziarah Kasih di wad bersalin bagi menghargai jasa dan pengorbanan wanita yang telah melahirkan zuriat, penyambung generasi masa depan.

Dalam kunjungan ini, saya berpeluang bertemu dengan ibu-ibu yang baru melahirkan, berkongsi kegembiraan serta menyampaikan sumbangan goodies berupa minyak panas dan bengkung sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada mereka dalam melalui tempoh berpantang.

Selain itu, saya juga sempat berkongsi beberapa tips penjagaan diri sepanjang tempoh berpantang, agar ibu-ibu dapat pulih dengan baik dan kekal sihat.

Terima kasih kepada semua wanita hebat yang telah berkorban demi melahirkan generasi masa depan yang cemerlang. Anda adalah wira tanpa tanda jasa!

Selamat Hari Wanita Sedunia! ✨

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.