Ziarah Harapan Kasih Kukusan Terhadap Mangsa Kebakaran Di Dumpas

Tragedi kebakaran dua hari lalu menyebabkan 6 buah kediaman rumah pekerja Ladang Cenderamata, Sabah Softwood, Dumpas, musnah.

Seramai 24 mangsa kebakaran termasuk golongan wanita dan kanak-kanak terjejas apabila tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian berkenaan.

Saya kemudian meminta pegawai Operasi Pejabat ADUN N70 Kukusan segera menziarahi mangsa kebakaran dan seterusnya menyampaikan sumbangan dalam bentuk minuman serta pakaian terpakai.

Dalam tempoh kurang 24 jam, lebih 200 pakaian terpakai milik kami, dan juga ahli Skuad Wanita Harapan berjaya dikumpulkan untuk didermakan kepada mangsa.

Alhamdulillah, semua sumbangan yang dikumpulkan di pejabat berjaya diserahkan kepada mangsa.

Terima kasih kepada Encik Yusran Yunus, Assistant Manager di ladang berkenaan yang turut menerima kehadiran kami di sana.

Orang ramai yang mahu berkongsi rezeki boleh berhubung dengan pihak ladang bagi membantu mangsa kebakaran di sana.

RINA HJ JAINAL
Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Sabah
Merangkap Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.