








AlhamduLillah… Pada hari Jumaat yang lalu, bermula jam.4.30 petang, bertempat di Surau An Nur SMK Tawau, telah berlangsung Program Ukhwah Madani Anjuran Jabatan Penerangan Sabah dengan kerjasama Komuniti Madani Daerah Tawau dan Kalabakan.
Di dalam program ini Encik Sukardi Mashuri, PPM N70 Kukusan yang mewakili YB Datuk Rina Hj Jainal, telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan kain batik untuk anak-anak yatim seramai 20 orang dan juga bantuan kepada Surau An Nur, SMK Tawau
Terima kasih
YB Datuk Rina Hj Jainal
UPPM N70 Kukusan
1. Terus memeriahkan kukusan dengan aktiviti / program yang memberi manfaat kepada rakyat.
2. Terus turun padang untuk menyantuni dan membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama
Burung pipit burung kedidi
Diusik sikit terbang melayang
Budi baik perhiasan diri
Hingga mati dikenang orang
KETERANGAN GAMBAR
PPM N70 Kukusan, Encik Sukardi Mashuri bersama dengan Pegawai Penerangan Daerah, En Azuary, Tuan Pengetua SMK Tawau, Pengerusi Surau An Nur, Encik.Amir Kanje juga ahli qariah dan penduduk kampung di dalam program Ukhwah Madani

Bangkit semangat tak kenal penat
Terus berkhidmat kepada rakyat