



Semalam saya hadir mewakili YB Datuk Julita Majungki untuk merasmikan Program Pemantapan Kerja Berpasukan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah 2026 atau Sukan MAKSUR di Sandakan.
Kalau sudah berkumpul satu JPKA Sabah, memang meriah. Kalau ada persembahan, satu JPKA boleh jadi penyokong nombor satu. Semangat dan sorakan pun sama-sama diberikan.
Bagi saya, inilah yang menarik tentang program seperti ini. Kita dapat berkumpul, berkenalan dengan rakan-rakan dari cawangan lain dan keluar sekejap daripada rutin kerja.
Dalam kesibukan bekerja, masa seperti ini penting juga. Dapat beriadah, ketawa bersama dan mengeratkan hubungan sesama warga kerja.
Terima kasih kepada MAKSUR Sandakan yang menjadi tuan rumah tahun ini. Tahniah juga kepada semua yang menjayakan program ini.
Tahun depan giliran MAKSUR Tawau pula. Kita jumpa di Tawau!