Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Kali Ini, Biar Saya Balas Jasa Kamu.

10 orang staf, 10 orang yang selama ini banyak mengorbankan masa, tenaga dan urusan sendiri demi memastikan setiap kerja kita berjalan.

Ada masa penat, ada masa susah, ada masa balik lewat. Tapi tetap datang, tetap buat kerja, tetap berdiri bersama.

Saya mungkin tidak mampu membalas setiap pengorbanan kamu satu persatu.

Jadi kali ini, saya hadiahkan sebuah perjalanan yang saya harap akan menjadi kenangan paling indah dalam hidup kamu.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH.

Pergilah…

Tinggalkan sekejap segala penat dan urusan dunia. Di sana, sujudlah lama-lama. Doakan keluarga. Doakan diri sendiri. Semoga setiap doa yang dipanjatkan membawa kebaikan buat kita semua.

Insya-Allah, kali ini kita akan melangkah bersama ke Tanah Suci. Saya mahu berkongsi pengalaman beribadah, berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah bersama kamu semua.

Semoga perjalanan ini menjadi kenangan yang indah, membawa ketenangan dan mengeratkan lagi hubungan antara kita.

Terima kasih kerana selama ini memilih untuk berdiri bersama saya.

Ini bukan tentang berapa besar nilainya. Ini tentang betapa besarnya penghargaan saya kepada kamu.

Semoga Allah menerima ibadah kita, mengampunkan segala dosa, memberikan kesihatan dan rezeki yang luas, serta mempermudahkan setiap urusan kita sepanjang berada di Tanah Suci.

Kali ini, giliran kamu pula untuk dirai.

Semoga kita pulang nanti dengan hati yang lebih tenang, jiwa yang lebih kuat dan kenangan yang akan kita simpan sampai bila-bila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.