

Selesai menerima kunjungan hormat daripada YAPEIM Sabah, saya meneruskan perbincangan bersama Precilla Fong, Founder & CEO OOZE.
Kami berbincang mengenai IDEAS PLAYGROUND 2026, sebuah platform selama dua hari yang menghubungkan golongan muda dengan industri, kemahiran, individu berpengalaman serta peluang yang boleh membuka perspektif baharu kepada mereka.
Bagi saya, anak muda perlu diberi ruang untuk bertanya, mencuba dan meneroka pelbagai bidang. Dari rasa ingin tahu hari ini, mungkin lahir minat, kemahiran dan peluang yang akan membentuk masa depan mereka.
Semoga usaha seperti ini dapat terus membuka lebih banyak ruang untuk anak muda Sabah meneroka potensi diri dan melihat lebih jauh peluang yang ada di hadapan.