Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Angkat tangan sikit! Kalau bukan main ping pong, sukan apa yang kamu selalu main?

Saya suka tengok bila anak muda kita berkumpul di gelanggang, bukan hanya untuk menang, tapi untuk berkawan, berlatih dan kasi badan bergerak.

Tahniah kepada semua yang menyertai Pertandingan Ping Pong Izz Legacy, 64 pemain bagi kategori Open Single dan 22 pemain bagi kategori Open Under 12. Tahniah juga kepada semua pemenang. 👏

Saya memang mahu anak muda kita aktif dalam sukan fizikal. E-sport pun saya sokong, tapi biarlah seimbang. Jangan sampai jari laju tekan skrin, badan pula malas bergerak. 😄

Sukan macam ping pong ini bagus untuk refleks, fokus, stamina dan paling penting, membina disiplin. Dari gelanggang kecil macam ini juga kita boleh nampak bakat-bakat baru Tawau.

Sebagai sokongan kepada perkembangan ping pong di Tawau, saya turut menyumbangkan RM1,000 kepada Persatuan Ping Pong Tawau. Harapan saya, lebih banyak pertandingan dan ruang untuk anak muda kita aktif selepas ini.

Terima kasih kepada Penganjur Izz Legacy Encik Ady Bin Said, Timbalan Persatuan Ping Pong Tawau,Alan Tien dan semua yang menjayakan pertandingan ini.

Kamu pula macam mana?

Kalau ada sukan yang kamu mahu kita kasi meriahkan lagi di Kukusan, komen di bawah. Saya mau dengar dari kamu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.