Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

 Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Kadang-kadang perkara yang kita anggap biasa, sebenarnya cukup berat bagi seorang anak.

Bila datang haid, mereka perlukan tuala wanita, tempat yang selesa dan ilmu untuk menjaga diri.

Tapi bagaimana pula dengan anak yang keluarganya sendiri sedang berjimat untuk makan dan keperluan harian?

Sebab itu isu kemiskinan haid perlu kita bercakap secara terbuka.

Bukan untuk memalukan sesiapa. Tetapi supaya kita faham, supaya kita lebih peka dan supaya anak-anak perempuan kita tahu mereka tidak keseorangan.

Saya percaya, kalau kita nampak ada anak yang perlukan bantuan, jangan tunggu sampai masalah itu jadi besar. Kita bantu apa yang mampu.

Terima kasih kepada YADIM Sabah dan Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) yang membawa isu ini ke Tawau melalui Majlis Bicara Madani Kemiskinan Haid Peringkat Daerah Tawau 2026.

Untuk anak-anak perempuan kita, kita mahu mereka membesar dengan ilmu, keyakinan dan maruah diri.

Jangan malu untuk bercakap. Jangan malu untuk minta bantuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.