Edit Content

Dapur ke Dapur bersama Wanita Kampung Gabungan, Muhibbah Raya

Rina Jainal Umum Letak Jawatan, Kekal Berjuang Di Kukusan

Rina Pertikai Tindakan PHRS, Dakwa Dihalang Jadi Calon Kukusan

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan (Vol. 2)

Salam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ajesman Bin Tangsi

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan

Ngopi Dulu Baru Kamu

Menyantuni Keluarga Allahyarhamah Darmia binti Abdullah

Menghadiri Majlis Kenduri Keluarga Haji Ahmad Bin Tapa

Menghadiri Majlis Kenduri Tahlil Keluarga Pn. Dayang

 Mengangkat Sumpah Sebagai Pembantu Menteri Dalam Kerajaan Negeri Sabah

ALHAMDULILLAH

Dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, hari ini saya telah mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri dalam Kerajaan Negeri Sabah.

Saat tangan saya diletakkan untuk bersumpah, saya teringat setiap wajah, setiap suara, setiap harapan rakyat Kukusan yang saya temui sejak hari pertama turun padang.

Amanah ini bukan hadiah ,ia adalah tanggungjawab besar yang lahir daripada kepercayaan rakyat.

Saya berdiri di sini bukan untuk diri saya,

Saya berdiri untuk Kukusan,

Untuk masa depan anak-anak kita,

Untuk keteguhan keluarga-keluarga di setiap kampung dan taman.

Untuk memastikan suara rakyat yang selama ini diketepikan akhirnya mendapat tempat di meja pentadbiran negeri.

Jawatan ini mengikat saya pada janji yang saya ulang berkali-kali dalam kempen saya bahawa kerja saya tidak akan berhenti selepas pilihan raya, malah semakin kuat selepasnya.

Dengan amanah ini, saya berjanji akan memberi sepenuh tenaga demi

1. Kemajuan rakyat Kukusan

Peluang ekonomi, program komuniti, pembangunan belia dan wanita, serta keperluan asas yang mesti ditingkatkan.

2. Kestabilan politik Sabah

Kerana tanpa kestabilan, tiada pembangunan boleh bergerak ,tanpa kesepakatan, tiada suara rakyat yang dapat dipertahankan dengan kukuh.

Kita sudah melalui fasa sukar politik, cukup sudah rakyat menjadi mangsa ketidakstabilan. Kini kita bergerak ke depan lebih matang, lebih berfokus, lebih teguh.

Pokok akan terus berdiri.

Akar kita kukuh di tanah rakyat, batang kita tegap menghadapi cabaran, dan dahan kita sentiasa memayungi mereka yang mencari perlindungan dan harapan.

Terima kasih atas kepercayaan yang mengangkat saya ke sini. Perjuangan baru sahaja bermula dan saya akan terus berjalan bersama rakyat Kukusan tanpa gentar, tanpa ragu.

Demi Kukusan. Demi Rakyat. Demi Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.