





Saya berbesar hati merasmikan Program Walk With Us 5KM Walkathon yang berlangsung di Taman Awam Likas.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dan Perkumpulan Perempuan Sabah dengan kerjasama Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh kebersamaan dalam komuniti.
Melihat penyertaan masyarakat daripada pelbagai lapisan usia hari ini benar-benar memberi inspirasi bahawa kesihatan, kesejahteraan dan sokongan sosial perlu dibina bersama.
Terima kasih kepada semua pihak penganjur dan para peserta atas komitmen menjayakan program ini.
Langkah kecil hari ini, demi kesejahteraan yang berpanjangan.